Salam sejahtera && salam satu Malaysia :)
Entry kali niee aku nak cerita sikit pasal isu UITM yang baik hatinya menawarkan pelajar matrik, lepasan STPM ke UITM. Aku tahu pasal tawaran nie pun sebab aku dengar radio dalam kereta on the way nak pergi beraya. Aku nie, bila dengar je UITM, memang aku akan pasang telinga hoho.
Berita penuh dari Sinar Harian.
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UITM), Prof Datuk Sahol Hamid Abu bakar.
SHAH ALAM - Pelajar lepasan program matrikulasi, asasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang tidak diterima masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA), berpeluang mengikuti program diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Naib Canselornya Prof Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata tawaran itu membolehkan pelajar terbabit mengikuti program diploma di mana-mana kampus UiTM di seluruh negara dengan kelonggaran syarat.
"Mereka boleh merayu dengan menghantar surat rayuan secara terus kepada saya di pejabat Naib Canselor UiTM Shah Alam dengan menyertakan keputusan peperiksaan yang diperolehi," katanya di sini hari ini.
Sahol Hamid berkata tawaran itu diberikan selepas beliau menerima banyak surat daripada pelajar lepasan program matrikulasi, asasi dan STPM yang merayu untuk mengikuti program ijazah di UiTM selepas gagal memasuki IPTA lain berikutan tidak melepasi syarat dikenakan mengikut sistem merit.
Beliau berkata pelajar dengan kelulusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 2.0 ke atas akan diberi pertimbangan untuk pengecualian beberapa mata pelajaran atau dengan pengurangan beberapa kredit serta mungkin boleh menghabiskan program diploma dengan segera.
"Bagi pelajar lepasan STPM pula, mereka boleh membuat rayuan jika mendapat kelulusan kredit bagi lima mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat CGPA tidak kurang 2.0.
"Mereka yang terpilih juga layak untuk memohon bantuan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)," katanya.
Sahol Hamid berkata, pelajar yang kurang cemerlang pula boleh memasuki mana-mana 22 buah kolej bersekutu UiTM di seluruh negara dengan syarat mendapat keputusan minimum lima kredit termasuk dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
Beliau berkata kolej bersekutu UiTM termasuk Institut Profesional Baitulmal dan Kolej Poly-Tech MARA di Kuala Lumpur serta Kolej Poly-Tech MARA Bangi dan Kolej Teknologi Timur di Sepang.
Sahol Hamid berkata jika pelajar terbabit masih mahu mengikuti program ijazah, mereka boleh mengemukakan rayuan untuk mendapatkan tempat bagi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) atau program Luar Kampus (PLK) dengan pengecualian syarat pengalaman kerja selama setahun.
Beliau berkata pada masa ini, pemohon yang ingin mengikuti program PJJ atau PLK perlu mempunyai pengalaman kerja selama setahun atau dua tahun, bergantung kepada kursus yang dipilih.
Sahol Hamid turut menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa piawaian sesebuah institusi pengajian tinggi akan jatuh sekiranya membuka peluang kepada pelajar yang menerima keputusan peperiksaan rendah.
Beliau berkata andaian itu adalah kurang bijak serta mementingkan diri sendiri.
"Kalau bangsa lain berusaha membantu bangsa masing-masing, tidak salah sekiranya UiTM berusaha untuk membantu bangsa Melayu," katanya sambil mengingatkan pelajar yang ingin membuat rayuan supaya berbuat demikian dengan segera jika ingin mengikuti pengajian sesi baru yang bermula September ini. - Bernama
Ramai kat luar sana yang bagi macam macam pandangan mengenai isu ini. Termasuk lah aku. Dan orang yang sibuk berdiskusi mengenai nie mestilah budak satu batch aku yang tidak diterima masuk ke mana mana IPTA bagi ambilan September 2013/2014. Aku ada pendapat and pandangan aku sendiri tentang isu nieee.
Antara pandangan & pendapat budak lepasan STPM batch aku.
Haaa, tu yang aku komen. Yang lain tu pendapat dyeorang .
Feed back apa yang aku komen kat atas tadi.
Pada mulanya, serious aku macam sedih sebab takde satu pun yang berpendapat dengan aku. Noti facebook aku asyik berbunyi je. Tapi bil aku bukak, komen semua tak mberangsangkan. Aku malas lah nak menjawab ke ape. Nanti jadi cerita panas pulak kan. So, baik aku berdiam diri. Tapi, Alhamdulillah, ada yang berpendapat dengan aku. And apa yang dia sampaikan tulah yang aku nak sampaikan sebenarnyaaa . Thanks
Komen dari Danial EX pelajar UiTM.
Sambungan yang atas. See, yang aku komen. Terbaik Daniel :)
No comments:
Post a Comment