Monday 8 December 2014

Konflik Rumah Sewa


Salam sayang semua dari Batu Pahat hiks !

Meh nak story mory siket pasal rumah sewa haritu. Okay, memandangkan dah nak habes semester weolls kena lah cari rumah sewa lain sbb taknak duduk under nmit. Why? Hmm sebab mahal sangat laah brah. Sebulan RM550 sebulan untuk bilek single dan yg lain yg dapat bilek share still kena bayar RM450. Still mahal kan? 

So, we decided to move out dari apartment Melawis tu untuk sem 2. Dan bermula lah drama sinetron sang penyewa dengan agen penyewa pergh pergh. 

Time tu kteorang ada dua minggu je lagi sebelum habis sem dan still tak dapat rumah pun. Setiap pagi pergi kelas naik bas, aku akan spend masa atas bas tu bukak laman web mudah.com call mana mana rumah kot kot available but still hampa takde rezeki. Hmm sabar jelah . Nanti balek kelas sampai rumah sambung lagi cari rumah kat mudah. Yeah, kekra tak pernah kenal erti berputus asa Haha ! And yes aku call lah satu no. akak nie. Okay good dia angkat and rumah sewa belakang Aeon tu still available but malam tu jugak ada budak nak datang tengok rumah sewa tu. Serious talk, at the moment aku nak je lari pergi rumah tu konon boleh main rebut rebut cmtu laah hahahaha. Terus cakap kat akak tu, kalau budak UTM tu tak jadi mmg kteorang nak. Tapi sedih, esoknya hakak tu mcg yang budak tu jadi ambik rumah tuuuuuu T.T

Habes cerita dengan akak tu aku mintak tolong dgn budak laki kelas aku sbb nampak mcm senang je dyeorang dapat rumah. Murah dan fully furnished lak tu. Siapa tak jeles cuba cakap cuba cakap ?! Ramai jugak lah aku contact bdk bdk nie suruh carikan rumah and time tu udin (budak kelas) bagi aku satu no. agen rumah sewa nie. OKAY, sepantas seligat mungkin aku wassap dia ape semua tanya details pasal payment fees. Okay, sebulan 2k kat apartmen melawis, partially furnished but entah kteorang setuju je. Dah desperate sangat nak rumah kott time tu. 

Kteorang start rasa annoying dengan agen tu bila dia mintak deposit rumah nak haritu jugak. Pergh time tu kelam kabut nak cari duit ape semua call parents memasing dan bukan semua lah yang ada duit terus boleh bagi. Time tu aku dah serba salah taktau apa nak buat. Okayyy call lah agen tu mintak lambat siket duitnyaaa.

Ingat lagi esok hari jumaat tu agen tu nak kteorang bg duit deposit 2k and time tu dapat kumpul 1.6k je. Dan tgahari tu akak yang rumah sewa belakang Aeon call, budak UTM tak jadi duk rumah tu sbb bdk UTM tu dpt kolej but ada budak laki nk dtg tgk rumah tu dlm pukul 3. Aku mula lah duk alaaaa alaaaa dgn akak tu nak rumah tu jugak. Haish selalu nyaris cmtu. Act aku kena jumpa agen tu bayar duit deposit dalam pukul 12 tapi aku call agen tu tunda jumpa kul 5 sbb nk tggu rumah sewa tu kot budak tu taknak. 

Okay terus berharap dan berdoa yang budak laki tak jadi nak sewa rumah tu. Tetiba dapat call suami akak tu yg call gtau suruh je kteorang datang je rumah tu pukul 2 setengah bfore laki tuu. Nampak tak yang pakcik tu nak tolong kteorang. Ya Allah bersyukur sangat time tu sebab dah rasa still ada peluang dapatkan rumah tu. Terus siap siap tumpang ayah suzy (bakal housemate) pergi rumah sewa tu. 

Sampai depan rumah tu and yeah cantik je dan selesa sebab fully furnished. Bila masuk je terus serbu dapur ehhehe biasa lah perempuan kan. Okay terus serbu bilek and yeayyyy aku serbu master bedroom yang ada aircond but share 3 orang. Okay lah sebab 3 orang tu semua yg kamceng hehe :D 

Lepas owner datang settle deposit, bagi kunci kteorang pun balek dengan hati yg lega hihi.

Alhamdulillah selesai satu perkara . Thanks God sbb permudahkan segalanyaaaa :D

Dayah si model rumah tak berbayar haha :)


Thats all fr today. Sampai jumpa !