Kebahagiaan dalam pencarian .
Korang pernah minat pada sorang lelaki tak? Pernah crush someone tak? Aku rasa mesti jawapan banyak yang PERNAH kan ? Yee, aku pun pernah. So, apa yang korang akan buat?? Adakah korang akan berdoa "Ya Allah, aku suka akan dia. jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku. Jika dia bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu".
Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti mereka akan pendamkan dulu, cuba berusaha cinta dgn cara yang betul. Subhanallah. Berusaha untuk tidak mencari diri dgn melakukan perkara yang mampu mencalarkan diri.
Jangan jadi manusia yang terhegeh hegeh dan terlalu menguja.
Pesan pada hati,
Jangan terlalu berharap,
Kelak akan sakit hati,
Ingat lah Ilahi.
"Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan apabila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam. Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda".
Ya, saya akui jodoh tidak akan jatuh bergolek dan ianya perlu dicari. Namun cara pencariaan tuu bagaimana caranya? Adakah mgikut syariat atau tidak? Adakah kita yakin 'boyfriend' kita itu akan datang meminang atau tidak?
Dengan itu, suka sekali saya menasihati diri saya sendiri dan anda semua bahawa carilah jodoh dengan cara yang diredhai Allah. Jika indah akhlah kita, kita menjaga peribadi diri, jodoh itu pasti akan datang dengan izin Allah.
Mahu pasangan yang soleh? Maka, kita lah yang perlu menjadi solehah dulu. Inshaallah
Ayuhlah kita mengikut jalan Islam, pasti bahagia selamanyaa. Inshaallah <3
hopefully kita ditemukan dengan orang yang betul =)..in sha ALLAH..
ReplyDeleteIyeee, hope sangat macam tu laaa. Apa yang penting, kita kena banyak berdoa untuk mndapat lelaki yang mcm mna. Sebab, Inshaallah kita akan mndpat lelaki mgkut acuan doa kita :)
ReplyDelete