Berfikiran POSITIF dan OPTIMIS
Dunia seakan akan gelap? Seolah olah tiada lagi cahaya menyuluh?? Apakah ini pengakhiran yang kita mahu?
Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup. Semua insan pernah gagal. Kerana gagal adalah guru.
Apabila kita berusaha untyk mencapai sesuatu, kita berjaya kerana kita tahu cara untuk mencapai matlamat kita.
Bijak pandai pernah berkata, "sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri".
Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.
Sayangi diri.
Buatlah sesuatu demi kebaikannya dan yang memberi manfaat buatnya.
Ia bukan bermakna pergi spa 30 hari sebulan, tapi lebih dari itu.
Kisah Guru dan murid.
Seorang guru pernah bertanya kepada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?"
Dan para murid menjawab "Ya! Kami sayang diri kami!!"
Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu menyayangi diri sendiri?"
"Belajar bersungguh-sungguh".
"Jaga hati".
"Pakai topi keledar".
Maka kata si guru,
"Benar tapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, kerana tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup untuk kamu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal, kerana kegagalan yang diterima".
Boleh menagis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi, pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segera dan hilangkan segala kesedihan.
Kenapa?
"Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong".
SELAMAT MEMBACA && JANGAN SEGAN UNTUK TEKAN TABUNG MASA DEPAN
No comments:
Post a Comment