Telur Bungkus (Bahagian I)
Salam sayang untuk semua. Ahaks bajet bajet pulak kita.
Memandangkan aku memang sangat lah free, rajin pulak haaa aku nk menaip :D
Dah kenapa dengan telur bungkus? Siap ade bahagian bagai? Aku boleh terjebak dengan telur bungkus ni gara gara kawan aku (Nurrun Nazeeha) yg mngajar aku mkn that telur bungkus. Nampak sgt aku nie jakun tak pernah dengar and makan pun telur bungkus. Okay, esok pergi lagi cafe utk dinner.
And aku dengan Nurrun dinner godek godek pergi cafe.
Kalau nak order or bungkus kena tulis atas kertas yg dh ade atas meja.
Contoh :
Biasa yang aku tulis.
Telur bungkus (2)
Nasi Putih (2)
-Makan-
And aku selalu sangat lupa nak tulis nama atas kertas tuuu. Nanti abg cafe tuu panggil "Nasi Bungkus'!!! sambil buat muka bengang sbb aku tak tulis nama. Tuu pun mahu marah ka?
Dan sekarang aku kat rumah sebab cuti sem. Cuti sampai bulan tiga. Yeayyy cuti lama.
Aku pun dah berniat nak belajar buat telur bungkus haha dah suka sangat makan telur bungkus. Nak jugak lah belaja buat sendiri kan? Hehhe
Rajin punya rajin. Aku search kat google "resepi telur bungkus" dan niee yang aku jumpa. Sangat eksaited you know. Bersinar bijik mata. Ibarat dia mcm tulah HAHA.
Telur bungkus :D
BAHAN-BAHAN
2 biji telur
250 g isi ayam – dipotong dadu
150 g sayur campur (mix veggie)
7 ulas bawang merah – dikisar
1 ulas bawang putih – dikisar
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula
CARA-CARA (INTI AYAM)
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar, kacau sekata dan biarkan seketika.
Masukkan sos cili, sos tiram, sedikit air dan isi ayam. Kacau sekata.
Masukkan sayur campur, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kering.
CARA-CARA (TELUR BUNGKUS)
Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam dan pukul sehingga sebati.
Panaskan kuali dan sapu permukaan kuali dengan sedikit minyak.
Masukkan telur ke dalam kuali dan dadarkan sehingga memenuhi kuali.
Bila telur masak, tuangkan inti ayam ke atasnya dan lipat telur tersebut.
Terbalikkan telur yang siap dilipat. Siap untuk dihidangkan.
Itu saja untuk harini. Nantikan Telur Bungkus (Bahagian II) okayyy :D
No comments:
Post a Comment