Tuesday, 22 November 2016

giveaway miniature photography by waza studios




Klik gambar untuk join giveaway :)
tamat giveaway ini adalah pada 1 disember 2016 pada pukul 10 malam

Sunday, 6 March 2016

Dilemma seorang kekra


Hai lovelies. Setelah sekian lama tak update blog tetiba datang dengan dilemma. Apa cerita kan?
well, nie aku nak cerita pasal aku and family yang telah rugi sejumlah wang. Berapa jumlahnya takya lah aku bgtau kan? Aku pun taktahu nak describe benda nie as skim cepat kaya ke? Pelaburan ke? MLM ke? Aku pun konfius sbb dia merangkumi semua. Aku taknak mention apa nama sebab malas lah nak aibkan mana mana pihak. Just cerita utk pengajaran semua ye :) 

Macam mana aku boleh terjebak? okay memandangkan aku nie jarang balik rumah sebab kolej kedekut cuti. And bila aku balik je mama, babah and kakak dah pun join. Babah masuk pakej jade yg harganya rm350 untuk satu lot. Sama jugak dengan kakak. Tapi mama melabur banyak lah jugak. Pakej Diamond tak silap RM1000 utk dua pakej. Maksudnya seribu seribu. Masa awal awal mama ghairah jugak ajak aku join. Kata mama at least ada jugak duit poket. Sebab bulan bulan akan dapat based on pakej yang kita ambik. Contohnya babah masuk pakej jade kan. Bulan Pertama sampai Bulan ketiga babah akan dapat seratus utk setiap bulan smpai bulan ketiga. And bulan keempat babah akan dapat RM800. 

Nak dipendekkan cerita, aku pun macam tertarik lah kan. Then, haritu aku dapat brim so aku pun spend RM350 untuk pakej jade tu. okay lah bulan pertama aku dapat seratus. then mama belanja aku satu lagi lot dengan pakej yang sama. So bulan depan aku akan dapat RM200. 

Okay masuk je bulan 2 duit saraan tu tak dapat dapat. Aku tanya mama, memang takde ke mcm mana. Mama reply cakap ada masalah. Aku dah tak sedap hati. Sebab aku ada ajak jugak bf masuk sekali. Kiranya dia downline aku lah. Tunggu punya tunggu tak dapat jugak. Bf aku baru je masuk and mmg tak pernah dapat lagi duit saraan. Hmm kesiannya dia. Aku pun risau lah sebab duit orang. Memang rasa serba salah gilaaaaa kot. Then mama ckp takpe nt mama ganti balik duit dia. 

Apa masalah sampai tak dpat duit saraan tu? Mama ada call tanya pasal intern then aku terus tanya pasal masalah nie. barulah mama cerita yang ada orang atas dah larikan 7.6 jutaaa. mama cakap orang tu dah habis kena belasah. Yang takleh blah orang melayu kot. Ya Allah memang terkejut gila. Nak marah pun ada bila tahu. Memang duit yang kita labur tu lesap camtu jelah. 

Memandangkan aku jenis mudah serik. Aku dah malas nak terjebak dalam bidang yang entah apa apa nie kan. then tetiba mama boleh pulak ajak aku masuk satu bisnes nie. katanya bisnes jangka panjang. mama siap addkan aku dalam group whatsapp supaya aku lagi faham. Tapi still aku tak faham faham konsep dia. Macam tak jelas. cara pengiraa pendapatan pun tak jelas tak sama macam tone excel. Apa yang aku nak tahu dia tak bagitahu. Mama pulak mendesak, kalau kawan nak masuk nanti mama addkan dalam group. Haish serba salah jadinya. 

Mama pun satu lahai tak serik serik ke maa. Mohon lah semua yang ada baca my entry nieee and pernah jugak tahu pasal yang aku bgtau tu. aku ada bagi klu kan so berhati hati lah. Its more like 'skim cepat kaya' sebab dyeorg takde produk. And aku rasa bnda nie tak salah kalau semua orang jujur. Nie bila orang atas dah songlap duit, habislah yang bawah. hmm

So, sampai sini jelah ye. Byeeee

Thursday, 2 July 2015

Monday, 15 June 2015

Teman lelaki satu tempat kerja/belajar

Nice title right? Aku pun taktau in a sudden nak bercerita pasal nie. Haha mungkin sebab tuan punya badan ada pengalaman. Dan mungkin korang pun ada pengalaman mcm aku who knows? 😊

Firstly, memamg tak dinafikan ada baik buruknya ada teman lelaki satu tempat kerja/belajar nie. Dan yg baiknya, korang mesti rasa safe sebab takde orang kacau korang, lagi lagi bila korg mmg cantik cun melecun. Tapi ada jugak yg jenis tak reti bahasa kacau, kau suruh je teman lelaki hang tu bahasakan je dia haha habis cerita. Tapi jgn smpai gaduh bertumbuk pulak. aku tak suruh tau haha !

Kalau aku, teman lelaki aku nie jenis cool relax. Even aku dengan dia pun takde siapa yg tahu. Since aku masih belajar, clasamates pun taktahu. Housemates tu komfem lah tahu kan dah nama tidur sebantal hehe. Lagi pulak teman lelaki nie jenis yg mmg kalau boleh taknak siapa pun tahu and taknak menunjuk pun pasal relay kteorg. even kat media social pun dia tak pernah nak upload gmbar aku ke bercerita pasal aku ke. seriously sometimes rasa mcm dia nie serious ke tak dgn aku. why he seems to hide me from someone. Okay dah start paranoid. Tak habis paranoid aku pun hmm. But now, aku tahu dia mmg mcm tu sbb dia taknak lah org ketawakan kteorg sbb mcm sakan bercinta tapi haprak pun takde. So kteorg decide act biasa biasa je.

Kat campus, dalam kelas pun kteorg akan cuba act professional. Kat campus kau classmates aku, kat luar kau awek aku. mcm tulah prinsip teman lelaki aku nie. So far so good lah. So bercakap bila ada benda penting jelah kan. Tapi tipulah kalau dlm kelas, tak pernah nak jeling laki kau sendiri kan haha. Baru nak usha, teman lelaki kau pun duk usha kau. Dah kantoi pastu memasing buat muka takde perasaan haha. dalam hati Tuhan je tahu hehehhe.

Aku nie mulut je banyak tapi bila depan audience, seriously otak mcm blank, kaki mcm menggigil nak ckp ape pun dah tak tahu haha. Tapi kuatkan semangat, aku present je ape yg aku dah prepare. Then dyeorg tetiba gelak sebab lawak yg bila masa tah aku buat lawak, aku sendiri pun tak perasan hmm. Aku pun senyap jelah kat depan tggu dyeorg habis gelak baru aku sambung. Tapi tetiba teman lelaki kau berdehem 'ehemmmm' penuh makna semua budak kelas senyap. Haaa barulah aku boleh sambung presentation aku. Time tu aku rasa mcm nak tergelak tgk perangai memasing hahahha. Bagusnya lahai terharu iolls.

Tapi paling tak best bila ada misunderstood and memasing masuk kelas muka sorang sorang macam cuka haish. Aku pun dgn takde moodnya rasa mcm nk skip kelas semata taknak jumpa dia. Tapi yg bagusnya dia, bila ada probs mcm nie dia akan panggil aku jumpa dia and settle. aku suka cara dia berdiplomasi dengan aku. dia jenis tak suka panjangkan cerita. and aku nie pulak jenis senyap je pendam je apa kau rasa hmmm. buruknya lahai perangai hiks.

Monday, 23 February 2015

Bridesmaid-to-be


Para bridesmaid sekalian dan siapa siapa yg pernah jadi bridesmaid mesti akan rasa apa yang aku rasa sekarang kan? Perasaan stress nak fikir design baju bridesmaid korang. Lagi lagi nie wedding besfren korang and korang mesti nak jadi antara yg meletops. HAHA! Bukan lah meletop kebaboom tapi antara yg menyerlah lah :)

Bride to be pun dah decide baju kteorang kain satin kaler navy blue combine dengan kain batik. Sekarang nie aku sangatlah takde idea nak buat design acane. Pasal tukang jahit aku tak risau sangat sebab memang aku dah ade tukang jahit berkaliber haaaaa. Bagi je contoh design komfem dia jahit superb walahhhh ! 

Hm lagi lagi pulak pulak semua bridesmaid sekarang dah pandai berfesyen. Mostly baju dah cantik cantik and design pun superb je lawan pulak dengan muka lawa seriously lah kebabooom. Haish jeles much lah camni. 

If  lah korang semua ade idea utk aku punya pattern baju bridesmaid sila lah drop komen okay? Sangat lah dialu alukan :) Mana tahu bila time korang aku boleh bagi idea pulak kan kan?

sumber : google

Antara aku punya contoh untuk baju bridesmaid. OKAY tak? Aku lagi prefer yang simple tapi cantik haaaa gittewwww.



Monday, 8 December 2014

Konflik Rumah Sewa


Salam sayang semua dari Batu Pahat hiks !

Meh nak story mory siket pasal rumah sewa haritu. Okay, memandangkan dah nak habes semester weolls kena lah cari rumah sewa lain sbb taknak duduk under nmit. Why? Hmm sebab mahal sangat laah brah. Sebulan RM550 sebulan untuk bilek single dan yg lain yg dapat bilek share still kena bayar RM450. Still mahal kan? 

So, we decided to move out dari apartment Melawis tu untuk sem 2. Dan bermula lah drama sinetron sang penyewa dengan agen penyewa pergh pergh. 

Time tu kteorang ada dua minggu je lagi sebelum habis sem dan still tak dapat rumah pun. Setiap pagi pergi kelas naik bas, aku akan spend masa atas bas tu bukak laman web mudah.com call mana mana rumah kot kot available but still hampa takde rezeki. Hmm sabar jelah . Nanti balek kelas sampai rumah sambung lagi cari rumah kat mudah. Yeah, kekra tak pernah kenal erti berputus asa Haha ! And yes aku call lah satu no. akak nie. Okay good dia angkat and rumah sewa belakang Aeon tu still available but malam tu jugak ada budak nak datang tengok rumah sewa tu. Serious talk, at the moment aku nak je lari pergi rumah tu konon boleh main rebut rebut cmtu laah hahahaha. Terus cakap kat akak tu, kalau budak UTM tu tak jadi mmg kteorang nak. Tapi sedih, esoknya hakak tu mcg yang budak tu jadi ambik rumah tuuuuuu T.T

Habes cerita dengan akak tu aku mintak tolong dgn budak laki kelas aku sbb nampak mcm senang je dyeorang dapat rumah. Murah dan fully furnished lak tu. Siapa tak jeles cuba cakap cuba cakap ?! Ramai jugak lah aku contact bdk bdk nie suruh carikan rumah and time tu udin (budak kelas) bagi aku satu no. agen rumah sewa nie. OKAY, sepantas seligat mungkin aku wassap dia ape semua tanya details pasal payment fees. Okay, sebulan 2k kat apartmen melawis, partially furnished but entah kteorang setuju je. Dah desperate sangat nak rumah kott time tu. 

Kteorang start rasa annoying dengan agen tu bila dia mintak deposit rumah nak haritu jugak. Pergh time tu kelam kabut nak cari duit ape semua call parents memasing dan bukan semua lah yang ada duit terus boleh bagi. Time tu aku dah serba salah taktau apa nak buat. Okayyy call lah agen tu mintak lambat siket duitnyaaa.

Ingat lagi esok hari jumaat tu agen tu nak kteorang bg duit deposit 2k and time tu dapat kumpul 1.6k je. Dan tgahari tu akak yang rumah sewa belakang Aeon call, budak UTM tak jadi duk rumah tu sbb bdk UTM tu dpt kolej but ada budak laki nk dtg tgk rumah tu dlm pukul 3. Aku mula lah duk alaaaa alaaaa dgn akak tu nak rumah tu jugak. Haish selalu nyaris cmtu. Act aku kena jumpa agen tu bayar duit deposit dalam pukul 12 tapi aku call agen tu tunda jumpa kul 5 sbb nk tggu rumah sewa tu kot budak tu taknak. 

Okay terus berharap dan berdoa yang budak laki tak jadi nak sewa rumah tu. Tetiba dapat call suami akak tu yg call gtau suruh je kteorang datang je rumah tu pukul 2 setengah bfore laki tuu. Nampak tak yang pakcik tu nak tolong kteorang. Ya Allah bersyukur sangat time tu sebab dah rasa still ada peluang dapatkan rumah tu. Terus siap siap tumpang ayah suzy (bakal housemate) pergi rumah sewa tu. 

Sampai depan rumah tu and yeah cantik je dan selesa sebab fully furnished. Bila masuk je terus serbu dapur ehhehe biasa lah perempuan kan. Okay terus serbu bilek and yeayyyy aku serbu master bedroom yang ada aircond but share 3 orang. Okay lah sebab 3 orang tu semua yg kamceng hehe :D 

Lepas owner datang settle deposit, bagi kunci kteorang pun balek dengan hati yg lega hihi.

Alhamdulillah selesai satu perkara . Thanks God sbb permudahkan segalanyaaaa :D

Dayah si model rumah tak berbayar haha :)


Thats all fr today. Sampai jumpa !