Saturday 17 August 2013

Touching enough (!)

Salam hormat && sejahtera semua.





Dah kenapa tajuk entry kali nie 'Touching Enough' ?? Whats going on keqra?? 
Yepp, aku tacing sebab tinggal berapa hari lagi aku bakal meninggalkan rumah, mama, babah, adek adek  and semua yang ada kat sini. 

Paling takboleh blah, aku campak campak baju dalam luggage sambil nanges nanges. Bukan apa, sambil aku campak baju baju tuu, aku dah boleh imagine camne nanti mama dgn babah nak tinggal aku kat sana. Haaa, memang komfem aku leleh nanti kat sana. Kalau aku tak leleh pun sebab aku simpan sebak dalam hati. Taknak orang nampak aku nie budak cengeng. 





Aku dah takboleh nak tahan sebak sangat dah. Baru campak dua tiga helai baju, aku dah give up. Ambik headfon letak kat telinga layan perasaan. Akak aku tanya ada fail kosong ke tak pun aku jawab nak taknak je. Sorry sista. I dont mean it. Memang tak tipu aku takde mood. Fon pun aku on airplane mode. Taknak sesape kacau. Aku bukan ape, takot ada je yang kena sembur tengah tengah mood tak okay nieee.

Tapi, aku rasa okay sikit bila kawan kawan aku bagi advice, kata kata semangat kat aku yang konon manja niee. Thanks korang. SERIOUS korang lah kawan aku dunia akhirat. Aku takkan lupa semua nasihat korang. Aku dah simpan elok elok dalam hati. Lekatkan kat dalam otak. 

Aku hope sangat, bila aku kat sana nanti aku okay je. Hope everything going smooth. Tak ada yang buat aku saket kepala apa semua. And kalau boleh, nanti raya haji, aku nak balek rumah. *pergi tak lagi dah plan nak balek.

Okay lah, penat menangis. Mata pun letih minta rehat. Aku chow dulu okayy. Salam sayang dari aku :) Gudniteeee

Thursday 15 August 2013

OMG (!)

Salam santun && ukhuwah fillah.

Waaaaaaaaaa, serious rasa nak menjerit! Betol ke lagi 2 minggu aku nak pergi UiTM nie? Mama babah, ira rasa macam baru je dapat result. Patut lah budak budak nie dah sebok sebok tanya nak bawak apa lagi. Ada yang dah update belog barang kperluan yg nak bawak. Aku? Relax je layan We Got Married macam orang takde perasaan. Haa memang aku lah tu Heartless !

Serious, aku habuk pun tak prepare apa apa. Aku tak cari lagi beg nak sumbat barang barang. Medical checkup pun aku tak habes buat lagi. Allah, apa yang aku buat selama nie? Yuran tak bayar lagi, barang tak beli lagi? Sempat ke masa lagi dua minggu nak prepare? Asal lah suka sangat buat kerja last minute nie hah? Ketuk kepala sendiri please ! 

Okay, start esok ! Buat apa yang patot okay. Prepare dokumen apa tu semua. List barang pun dah buat sikit hasil kerjasama adek tersayang. So, dah boleh cari barang sikit sikit. Haaa, paling tak tahan adek aku pesan suruh beli jam loceng. Hahaha ingat aku terok sangat ke? Inshaallah pandai lah akak dikau nie jaga diri di perantauan ahaks.
Apa yang merapu nie? Dah lah, jaru macam dah lenguh. Konon nak taip speed 10 lah katakan. Kalau ada typo tuu buat buat tak nampak jelah. Dah lewat malam dah pun. Aku chow dulu yawwww. Salam :D

Wednesday 14 August 2013

Pelajar matrik, STPM gagal ke IPTA boleh ke UITM.

Salam sejahtera && salam satu Malaysia :)

Entry kali niee aku nak cerita sikit pasal isu UITM yang baik hatinya menawarkan pelajar matrik, lepasan STPM ke UITM. Aku tahu pasal tawaran nie pun sebab aku dengar radio dalam kereta on the way nak pergi beraya. Aku nie, bila dengar je UITM, memang aku akan pasang telinga hoho. 


Berita penuh dari Sinar Harian.


Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Sahol Hamid Abu Bakar
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UITM), Prof Datuk Sahol Hamid Abu bakar.


SHAH ALAM - Pelajar lepasan program matrikulasi, asasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang tidak diterima masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA), berpeluang mengikuti program diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
   
Naib Canselornya Prof Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata tawaran itu membolehkan pelajar terbabit mengikuti program diploma di mana-mana kampus UiTM di seluruh negara dengan kelonggaran syarat.
   
"Mereka boleh merayu dengan menghantar surat rayuan secara terus kepada saya di pejabat Naib Canselor UiTM Shah Alam dengan menyertakan keputusan peperiksaan yang diperolehi," katanya di sini hari ini.
   
Sahol Hamid berkata tawaran itu diberikan selepas beliau menerima banyak surat daripada pelajar lepasan program matrikulasi, asasi dan STPM yang merayu untuk mengikuti program ijazah di UiTM selepas gagal memasuki IPTA lain berikutan tidak melepasi syarat dikenakan mengikut sistem merit.
   
Beliau berkata pelajar dengan kelulusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 2.0 ke atas akan diberi pertimbangan untuk pengecualian beberapa mata pelajaran atau dengan pengurangan beberapa kredit serta mungkin boleh menghabiskan program diploma dengan segera.

"Bagi pelajar lepasan STPM pula, mereka boleh membuat rayuan jika mendapat kelulusan kredit bagi lima mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat CGPA tidak kurang 2.0.
   
"Mereka yang terpilih juga layak untuk memohon bantuan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)," katanya.
   
Sahol Hamid berkata, pelajar yang kurang cemerlang pula boleh memasuki mana-mana 22 buah kolej bersekutu UiTM di seluruh negara dengan syarat mendapat keputusan minimum lima kredit termasuk dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.   
   
Beliau berkata kolej bersekutu UiTM termasuk Institut Profesional Baitulmal dan Kolej Poly-Tech MARA di Kuala Lumpur serta Kolej Poly-Tech MARA Bangi dan Kolej Teknologi Timur di Sepang.
   
Sahol Hamid berkata jika pelajar terbabit masih mahu mengikuti program ijazah, mereka boleh mengemukakan rayuan untuk mendapatkan tempat bagi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) atau program Luar Kampus (PLK) dengan pengecualian syarat pengalaman kerja selama setahun.

Beliau berkata pada masa ini, pemohon yang ingin mengikuti program PJJ atau PLK perlu mempunyai pengalaman kerja selama setahun atau dua tahun, bergantung kepada kursus yang dipilih.
   
Sahol Hamid turut menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa piawaian sesebuah institusi pengajian tinggi akan jatuh sekiranya membuka peluang kepada pelajar yang menerima keputusan peperiksaan rendah.
   
Beliau berkata andaian itu adalah kurang bijak serta mementingkan diri sendiri.
   
"Kalau bangsa lain berusaha membantu bangsa masing-masing, tidak salah sekiranya UiTM berusaha untuk membantu bangsa Melayu," katanya sambil mengingatkan pelajar yang ingin membuat rayuan supaya berbuat demikian dengan segera jika ingin mengikuti pengajian sesi baru yang bermula September ini. - Bernama


Ramai kat luar sana yang bagi macam macam pandangan mengenai isu ini. Termasuk lah aku. Dan orang yang sibuk berdiskusi mengenai nie mestilah budak satu batch aku yang tidak diterima masuk ke mana mana IPTA bagi ambilan September 2013/2014. Aku ada pendapat and pandangan aku sendiri tentang isu nieee. 

Antara pandangan & pendapat budak lepasan STPM batch aku.


Haaa, tu yang aku komen. Yang lain tu pendapat dyeorang .

Feed back apa yang aku komen kat atas tadi. 


Pada mulanya, serious aku macam sedih sebab takde satu pun yang berpendapat dengan aku. Noti facebook aku asyik berbunyi je. Tapi bil aku bukak, komen semua tak mberangsangkan. Aku malas lah nak menjawab ke ape. Nanti jadi cerita panas pulak kan. So, baik aku berdiam diri. Tapi, Alhamdulillah, ada yang berpendapat dengan aku. And apa yang dia sampaikan tulah yang aku nak sampaikan sebenarnyaaa . Thanks 


Komen dari Danial EX pelajar UiTM.



Sambungan yang atas. See, yang aku komen. Terbaik Daniel :)


















Tuesday 13 August 2013

We Got Married..

Salam ukhuwah fillah dari aku untuk anda semua :)

We Got Married?? Ehh, jangan cakap keqra nak cerita pasal wedding dia. HAHAHA tidak lah. So, crush crush diluar sana jangan risau okay. Gadis kaca mata niee single lagi. 

Berbalik pada cerita tadi. We Got Married (Hangul: 우리 결혼 했어요) adalah satu realiti yang pelbagai menunjukkan Korea Selatan, salah satu segmen program Malam Ahad Ahad. Siaran pertama pada tahun 2008, pasangan menunjukkan sehingga selebriti Korea untuk menunjukkan apa yang hidup akan menjadi seperti jika mereka telah berkahwin. Setiap minggu, pasangan yang diberikan misi untuk menyelesaikan, dengan wawancara terang peserta untuk mendedahkan fikiran dan perasaan mereka.

Woi, reality show nie since 2008 lagi and kau baru nak layan? Actually, aku dah layan since aku sekolah menengah dulu. Niee baru mood nak layan kpop balek. Itu pasal aku layan we got married nie. Aku layan pun sebab aku rasa macam sweet sangat HEHE. Aku paling suka tengok we got married lovely couple Taecyeon & Emma Wu(Gui Gui). Serious comel dan sangat sweet. Tak rugi kalau tengok hehehhe.


Nah, part part dalam We Got Married. 

Nie time dyeorang first time jumpa. Tapi dah rapat. Sweeeeeet <3


HAHA. Nie hadiah Emma untuk Taecyeon. Comel sangat :)


Spend time together kat pantai. Ohsemmm


Wedding photo shoot. Niceeee babe.





Lagi wedding photo shoot. Suwit


Dah lah, dari korang baca belog aku yang entah pape niee. Baru korang tengok sendiri reality show nieee okay? Komfem koran thumbs up punya lahh. Sebab macam real. Aku chow dulu bai bai. Salam.



top 10. senarai online shop/blog

Salam kasih && sayang dari aku :D

Haaa, nak tanya. Agak agak korang macam aku tak? Bila bosan jer, takde kerja lain. Online lepastu bukak link shopping online. Kalau aku, aku suka survey survey. Tengok fashion zaman sekarang yang pelbagai. Kenkadang tak sempat nk kejar pasal fashion. Terlalu banyak :) Lagi pulak, orang cerewet macam aku niee mmg suka survey depan lappy je. Tak jenuh orang lain nak menunggu aku memilih sumthing HAHA.
Okay, bawah niee aku ada listkan kedai online yang aku tahu && suka survey. Btw, harga pun berpatutan. Aku tahu pun sebab aku niee jenis suka survey merata hehehhe.



1. Fashion Wardrobe
Salah satu yang dijual .


2. Elmo Street
Harga sangat affordable. Kenapa? Sebab biasanya free postage.
Takpun just tambah satu hinggit. Ohsem kn? 



3. Tudung dan Pakaian Wanita (Qamalina WonderLadies)


Ayuh, kita support this page. Why? Sebab almost barang dia murah je. 



4. C13 Store
Design dia sangat comel. Serious aku suka sebab simple but nice.



5. Kedai Bena
First time aku tengok rasa terkedu. Asal kreatif sangat? 
Memang aku grab bukan satu tapi lebih dari satu haha. Tamak



6. Lawa-Lawa
Dah nama lawa lawa. Mestilah barang barang kat sini lawa lawa :)



7. The PopLook



8. Qala Qisya
Aku suka Calaqisya sbb baju dia ala muslimah. Semuanyeee sopan saja.
Kaler pulak stail pastel. I likeeee



9. Veo Fashion





10. Le Beau Monde
 Yang nie, aku tak pernah try beli lagi. Tapi nampak macam boleh tahan baju dia .


Sampai sini sahaja post aku kali nieee. Nanti aku post lagi dilain hari okayyy :D Salam.

Wednesday 7 August 2013

Nak sambut Aidilfitri dengan Selebriti Astro ??






Korang ada rasa nak sambut Aidilfitri dengan selebriti Astro ?
Hehehe aku tahu caranyaaa? Apa apa pun Eid Mubarak semua. 


Ada sehari lagi raya nak kunjung tiba and adakah korang dah buat persiapan raya? Kalau belom (macam aku) jom kita mulakan persiapan raya. Kot kot, raya kali ini lebih meriah && bakal dmeriahkan dgn tetamu2 yang pasti takkan dlupakan ! 


Tahun ini, sambutlah Hari Raya dengan penuh glamor kerana ChurpChurp dan Astro akan mengajakselebriti-selebriti terkenal Astro seperti Hafiz, Hazam, Adira dan Aril untuk memeriahkan suasana dan mengeratkan jalilan silaturahim di rumah terbuka raya anda!



Bukan tuu je, pihak Astro juga akan mengaturkan katering makanan untuk seramai 30 tetamu jemputan anda!
Haaaaaa, tuan rumah juga akan mendapat beg cenderahati daripada Astro! Mestolah rumah terbuka anda akan menjadi sungguh meriah, dan Raya tahun ini akan menjadi yang terbaik!
Jadi… camme nak menang ya?

PERADUAN GLAMOR RAYA

Senang sahaja untuk menang! Ikutilah langkah-langkah berikut:

1. Meniru satu babak ATAU membuat versi parodi daripada mana-mana program Astro Raya dengan mengunakan gambar atau video Instagram (10-15 saat).
2. Muat naik gambar atau video tersebut pada Instagram dan sertakan ‘hashtag’ #EratkanJalinan#<Tajuk Program Raya>  dan ‘tag’ @AstroGempak dengan @Churp2 pada kapsyen gambar
3. Isikan borang di bawah untuk melengkapkan penyertaan anda.
Contohnya:


Babak mana dalam program-program Astro Raya yang sesuai? Mana-mana pun boleh! Yang pentingnya babak tersebut mestilah dipilih daripada senarai program Astro Raya seperti yang berikut:

1. Astro Ria (Saluran 104)
Raya Dam Dam Dum Pak Nil – Rabu, 7 Ogos 9.00PM
Sehari Sebelum Raya – Jumaat, 9 Ogos 10.00AM
Jihan Tak Nak Balik Raya – Ahad, 11 Ogos 10.00AM
Propaganza Raya – Ahad, 11 Ogos 12.00PM

2. Astro Prima (Saluran 105)
SYAIR SI BONDA – Rabu, 7 Ogos 10.00PM
KASIH BERSULAM DAUN PALAS – Jumaat, 9 Ogos 2.00PM
Konsert Pulanglah Raya Dato Shake – Jumaat, 9 Ogos 9.00PM

3. Astro Citra (Saluran 131)
Preman In Love – Jumaat, 9 Ogos 9.00PM
Bawang Putih Bawang Merah – Sabtu, 10 Ogos 1.00PM
Happy Feet – Ahad, 11 Ogos 9.00AM

4. Astro Warna (Saluran 132)
Pian Kenan Balik Raya – Ahad, 11 ogos 3.00PM
Warna Raya 2013 – Ahad, 11 Ogos 9.00PM

5. Indo Pek – Bintang (Saluran 141)
Persembahan Istimewa 22 Tahun SCTV – Khamis, 8 Ogos 12.00PM
Konser 3IG SMASH – Jumaat, 9 Ogos 9.00PM
Konser Hebat Setia Band – Ahad, 11 ogos 12.00PM



Hanya TIGA pemenang sahaja dengan gambar atau video yang paling menarik dan kreatif akan dipilih! Tunggu apa lagi Churpers, marilah join sekarang! Lebih banyak ‘Likes yang anda dapat, lebih cerah peluang untuk anda memenangi hadiah yang gempak ini!
Jangan lupa untuk mengisi borang supaya kami boleh dihubungi. 

Astro Glamor Raya Peraduan Instagram
Nak meraikan Hari Raya dengan selebriti Astro? Joinlah sekarang!
·        
·        
·        
·        
·        
·        
eg: http://www.instagram.com/churp2
Tips: Log masuk akaun Instagram anda melalui laman web dan klik gambar anda untuk mendapatkan permalink. Contohnya: http://instagram.com/p/Yj9JrcQAGb/.


Terma dan syarat:
1. Peraduan Glamor Raya terbuka kepada penduduk Malaysia sahaja.
2. Peserta dikehendaki untuk memenuhi SEMUA syarat-syarat seperti yang dinyatakan di dalam langkah 1 – 3. Hanya penyertaan yang lengkap akan dianggap layak untuk penyertaan.
3. Profil Instagram yang dilindungi dan tidak dapat dikesan oleh ChurpChurp tidak akan diterima sebagai penyertaan untuk peraduan ini.
4. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang disukai sepanjang tempoh peraduan, tetapi setiap peserta hanya layak untuk memenangi maksimum satu hadiah.
5. Peraduan ini akan berlangsung dari 7 – 14 Ogos 2013.
6. Pemenang akan diumumkan di blog ChurpChurp pada 17 Ogos 2013. Pemenang akan dimaklumkan secara berasingan oleh wakil ChurpChurp. ChurpChurp dan Astro tidak akan bertanggungjawab jika peserta gagal untuk memberi maklumat hubungan yang betul.
7. Astro berhak untuk menukar hadiah-hadiah dan syarat-syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
8. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tidak disangsikan.
9. ChurpChurp dan Astro berhak untuk meminda terma dan syarat ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.












Tuesday 6 August 2013

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan


Salam ramadhan ke-29 dari aku :D

Dah lama sangat aku tak update blog. Macam macam sebab kenapa aku tak update. Dah ada masa terluang nieee, terdetik pulak hati kita niee nak update. Aku just nak share apa yang aku baca && I like it . 



Ketahui 7 sikap wanita dengan melihat cara berjalan.


1.Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan  wanita yg berjalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi, jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan lelaki. Auww
2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.
5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.
7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.
Sumber : Myberita.com